Friday, 24 June 2011

New house...da best..

Salam....
Mesti korang sumer penah ade pengalaman umah sewa kan.. cam tu la aku. Aku ngan kawan-kawan terpaksa la cari umah sewa,memandangkan ramai "adik-adik junior" yang nak masuk ni.. Berat hati nak tinggalkan bilik maktab yang serba mewah dengan katil yang luas mcm kat hotel tu,meja satudy untuk aku menjadi pulun..tilam yang empuk mestipon bukan tilam"KING KOIL",janji bende tu ade. lagi satu rindu sangat nak tengok warden jirus air from their sink to window.. Buatnye aku lalu time tu,mmg dapat mnd free la.. ishhh la..aku cepuk jugak kang warden ni..
Tapi zaman-zaman tu dah berakhir,ni dah masuk time aku nak duk umah sewa.. Tanggal 21 Mac 2011(aku tipu je tarikh ni,aku pon xingt bile),time ni assembly,Cik Anizah bgtaw cam ni"Wahai budak-budak PISMP SEM 3,keluarlah anda mencari umah sewa,kerana maktab kita sudah tidak mampu untuk menampung makan tido anda sume..." Masa tu hati aku luluh,gugur air mata ni nak habaq kat hang,terduduk aku di tapak assembly maratapi apa yang diberitahu sebentar tadi. Tapi apakan daya, aku ni anak org bese,xde cable cekang nak mohon duk lam maktab.. Memangla peraturan maktab tu agak ketat,xboleh pakai seluar jeans la,berhadapan ngan pak guard yang "TUFF" belaka..eceh kononnye.. Tapi bile kene duduk umah sewa ni,macam-macam boleh jadi.. hurm...
Masa nak cari umah sewa ni satu hal...Berhadapan dengan tuan rumah yang macam-macam ragam.. Ish..aku cepuk kang! Tengokla nnt,bile aku dah kaya..hehehe..Amin...Aku nak beli 10 buah umah sewa di setiap negeri...Habaq hang! nak sewa 1riban sebulan..geram nau aku.. Hampir 16 buah umah sewa aku ngan kawan aku cari..ye ke 16,aku main letak je.. At last, dapat jugak la umah sewa yang ni..dekat jugak la kot.. Kalau dari umah naik kete ngan kawan aku si Ili amirah ni sat ja sampai dalam 8 minit setengah sampailah...hahahaha...coz die mmg terror bab-bab U turn ni...tempat xleh U turn die hentam je..cayalah ko Ili..
Ni aku nak kasi advise sikit...
1- Nak cari umah sewa,mesti kene pilih kawan yang sekepala..kalu u olls gile-gile..cari yang gile-gile jugak..jangan korang gile,die skema gile..ok la tu,gile jugak.
2- Cari umah mesti ikut kemampuan u olls,kalu u olls sengkek sama dengan kedekut tahap babeng,baik duk umah RM50 sebulan,tu kalu u olls jumpe la.
3- Cari l umah sewa yang tuan umah tu boleh di ajak berunding, jangan cari umah sewa yang tuan die  perrgghh mak ai,sume kelengkapan kita nak cari..banyak cantik..cari umah biarlah sepadan dengan tahap bayaran tu..
4-Yang keempat ni aku tulis bile aku dah dapat masalah lain duk umah sewa ni ya..

No comments:

Post a Comment